Friday, December 30, 2016

Jalan-jalan di Ipoh Perak Pada Waktu Malam

Lepas selesai makan di Kelapa Leleh di Kampar, kitorang teruskan jalan-jalan di Ipoh pulak. Oleh kerana ahli rombongan ke Ipoh kali ni agak ramai, jadi aku sewa homestay kat area Tambun, Ipoh. Walaupun ada rumah adik aku kat Ipoh tu, rasanya tak sesuai pulak nak stay kat situ. Rumah bujang lah katakan.  Jalan-jalan di Ipoh […]

The post Jalan-jalan di Ipoh Perak Pada Waktu Malam appeared first on JambuBatuBlog.

Wednesday, December 28, 2016

Makan di Kelapa Leleh Kampar Perak

Sempena cuti Krismas tempoh hari, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti sambil bawa keluarga berjalan-jalan. Begitu juga aku dengan keluarga. Kali ni kitorang pergi bercuti di Ipoh. Dalam perjalanan ke Ipoh, sempat juga singgah makan di Kelapa Leleh Kampar. Pada mulanya nak teruskan jer ke Ipoh, sebab aku guna google maps tak jumpa lokasi Kelapa […]

The post Makan di Kelapa Leleh Kampar Perak appeared first on JambuBatuBlog.

Beli Headphone Sony Online di Lazada

Sebelum cuti Krismas 2016 tempoh hari, sempat juga aku beli headphone sony online di Lazada. Dah lama sebenarnya aku target nak beli headphone ni. Tapi, asyik terlupa je nak survey kat internet. Nak beli kat kedai luar, almaklumla, aku ni tak punya banyak masa nak window shopping. Huhuhu.. Beli Headphone Sony Online di Lazada Macam […]

The post Beli Headphone Sony Online di Lazada appeared first on JambuBatuBlog.

Thursday, December 22, 2016

Jalan-jalan di Muzium Tentera Darat Port Dickson

Hujung-hujung tahun ni banyak company yang buat training untuk staf-staf kesayangan. Ahaks. Sama juga dengan company wife aku, tahun ni diorang buat training selama 2 hari di Port Dickson. Memandangkan wife aku masih menyusukan anak kecil, jadi tak boleh nak tinggalkan dia walaupun sehari. Sementara wife aku sibuk dengan training, aku bawa anak-anak jalan-jalan di […]

The post Jalan-jalan di Muzium Tentera Darat Port Dickson appeared first on JambuBatuBlog.

Monday, December 19, 2016

Makan Lamb Chop di HR Steak House Kampung Baru KL

Sementara cuti sekolah masih ada ni, kena cari pula barang-barang keperluan sekolah untuk anak-anak aku ni. Ada sorang lagi anak aku nak masuk darjah satu tahun ni. Anak lelaki yang no 2. Kali ni pergi cari barang sekolah kat Chow Kit jer. Maklumla anak dah 3 nak ke sekolah. Seorang lagi tu nak masuk tadika 5 […]

The post Makan Lamb Chop di HR Steak House Kampung Baru KL appeared first on JambuBatuBlog.

Wednesday, December 14, 2016

Tukar Sim Card Digi di Plaza Metro Kajang

Tiba masa aku nak tukar sim card digi pulak. Bukan sebab apa, hari tu member aku call tak dapat. Aku ingat kan handphone rosak. Rupa-rupanya sim card yang menjadi punca masalah member aku call tak dapat. Sebab ada tulis sim card error kat handphone aku. Kat Kajang ni Digi center cuma ada dekat Plaza Metro […]

The post Tukar Sim Card Digi di Plaza Metro Kajang appeared first on JambuBatuBlog.

Tukar Bearing Tayar Nissan Livina di Sungai Chua Kajang

Dalam pada aku ke sana ke mari dengan kereta ni, tiba-tiba bunyi tayar berdengung di sebelah kiri. Aku ingatkan asap aje yang berdengung. Hahaha.. Makin laju, makin kuat pulak bunyi tayar yang berdengung tu. Nampak macam kena keluar kan duit lagi. Adeih.. Rasa macam kena tukar bearing tayar pula.  Terpaksa juga aku mencari bengkel kereta di area […]

The post Tukar Bearing Tayar Nissan Livina di Sungai Chua Kajang appeared first on JambuBatuBlog.

Thursday, December 1, 2016

Makan di Restoran Jepun Miyagi Bandar Baru Bangi

Makan di Restoran Jepun Miyagi Bandar Baru Bangi | Lama juga aku tak bawa keluarga pergi makan di luar. Sekali sekala ada juga terasa nak makan makanan Jepun. Anak-anak aku pun belum pernah lagi merasa makan di restoran Jepun ni. Terpaksa juga la aku meng’google’ sekejap untuk cari restoran jepun yang paling hampir dengan rumah. Jumpa […]

The post Makan di Restoran Jepun Miyagi Bandar Baru Bangi appeared first on JambuBatuBlog.

Wednesday, November 30, 2016

Aktiviti Hujung Minggu di Singgah Santai Resort Hulu Langat

Aktiviti Hujung Minggu di Singgah Santai Resort Hulu Langat | Bila mana tak sibuk dengan kerja, aku akan cuba bawa anak-anak berjalan-jalan di kawasan sekitar Selangor. Untuk aktiviti hujung minggu kali ni aku bawa pergi mandi di Singgah Santai Resort.  Perjalanan dari Kajang cuma ambil masa tak sampai setengah jam. Itupun ikut keadaan trafik semasa. Kalau […]

The post Aktiviti Hujung Minggu di Singgah Santai Resort Hulu Langat appeared first on JambuBatuBlog.

Tuesday, November 29, 2016

Beli Gitar di Lazada untuk Hadiah Harijadi Anak

Beli Gitar di Lazada untuk Hadiah Harijadi Anak | Kadang-kadang buntu juga kepala hotak ni bila tiba harijadi anak aku. Kali ni dia sendiri yang minta untuk belikan gitar. Jadi, aku survey dulu kat laman web Lazada.  Kalau tengok kat laman web Lazada memang rambang mata nak beli yang mana satu. Semuanya cantik-cantik belaka. Macam-macam kaler […]

The post Beli Gitar di Lazada untuk Hadiah Harijadi Anak appeared first on JambuBatuBlog.

Melawat Muzium Tekstil Negara di Kuala Lumpur

Melawat Muzium Tekstil Negara di Kuala Lumpur | Selepas jalan-jalan di muzium muzik Kuala Lumpur, aku bawa keluarga melawat muzium tekstil negara pula. Lokasi Muzium Tekstil ni bertentangan dengan Muzium Muzik Kuala Lumpur. Boleh lihat lokasi Muzium Tekstil dalam gambar di bawah: Lokasi Muzium Tekstil Negara : Seperti Muzium Muzik juga, masuk ke sini adalah PERCUMA. […]

The post Melawat Muzium Tekstil Negara di Kuala Lumpur appeared first on JambuBatuBlog.

Jalan-jalan di Muzium Muzik Kuala Lumpur

Jalan-jalan di Muzium Muzik Kuala Lumpur | Aku tak ingat pula tarikh spesifik kami sekeluarga berjalan-jalan di Muzium Muzik Kuala Lumpur. Rasa-rasanya dalam cuti sekolah bulan 8 hari tu. Agak lama juga aku simpan entri ni.  Lokasi Muzium Muzik: Muzium Muzik ni terletak berhampiran dengan KL City Gallery dan Dataran Merdeka. Cuba tengok peta lokasi […]

The post Jalan-jalan di Muzium Muzik Kuala Lumpur appeared first on JambuBatuBlog.

Monday, November 28, 2016

Review Buku : Reinkarnasi & Rehabilitasi

Review Buku : Reinkarnasi & Rehabilitasi | Kedua-dua buku ni pun dah lama juga ada kat dalam rak buku kat rumah ni. Aku beli sama tarikh dengan Buku Dari Tanjung Malim ke KLCC. Baru sekarang ni rasa nak review buku Reinkarnasi & Rehabilitasi. Siapa Penulis Buku Reinkarnasi & Rehabilitasi? Penulis buku ni pun sama juga dengan […]

The post Review Buku : Reinkarnasi & Rehabilitasi appeared first on JambuBatuBlog.

Review Buku : Dari Tanjung Malim ke KLCC

Review Buku : Dari Tanjung Malim ke KLCC | Rasanya dah 3 bulan lebih buku ni ada dalam rak buku kat rumah aku ni. Sekarang ni je yang ada masa sikit untuk aku ‘mereview’ buku ni. Buku yang dibeli dari laman web Bookcafe. Siapa Penerbit Buku Dari Tanjung Malim ke KLCC? Diterbitkan oleh : Dubook […]

The post Review Buku : Dari Tanjung Malim ke KLCC appeared first on JambuBatuBlog.

Sunday, November 27, 2016

2 Cara Buat Duit Online Dengan Bookcafe

2 Cara Buat Duit Online Dengan Bookcafe | Bookcafe ini adalah salah satu laman web yang menjual buku secara atas talian atau pun online. Setelah habis duit aku beli buku kat laman web ni. Jadi, aku nak kongsikan sikit cara-cara nak buat duit online dengan Bookcafe ni.  1. BUAT DUIT ONLINE DENGAN AFFILIATE BOOKCAFE Cuba lihat gambarajah […]

The post 2 Cara Buat Duit Online Dengan Bookcafe appeared first on JambuBatuBlog.

Thursday, November 24, 2016

Beli Buku Online di Bookcafe.com.my

Beli Buku Online di Bookcafe.com.my|Minggu lepas sempat juga aku mengintai buku-buku kat website bookcafe. OK. Actually bukan minggu lepas. Entri ni dah lama sebenarnya ‘bersarang’ kat dalam draft post. Cuma takde masa aku nak terbitkan. 🙂 Hari ni ada masa sikit nak tulis pasal beli buku online kat Bookcafe ni. Itu pun sebab aku baru sahaja […]

The post Beli Buku Online di Bookcafe.com.my appeared first on JambuBatuBlog.

Friday, May 13, 2016

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016 | Segmen blogwalking yang pertama bagi diri aku. Untuk menambah kenalan di alam maya dan info. Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016 Boleh juga Klik SINI untuk Join. Segmen berakhir pada 31 Mei 2016. 

The post Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016 appeared first on JambuBatuBlog.

Kisah Alifstyle Buat Duit Online dengan Fiverr

Kisah Alifstyle Buat Duit Online dengan Fiverr | Baru-baru ni aku terbaca satu artikel di website The Vocket tentang seorang mamat melayu yang buat duit online dengan fiverr. Aku pun tak menyangka juga dengan fiverr boleh buat duit sampai banyak macam tu. Hehehe… Kisah Alifstyle Buat Duit Online dengan Fiverr Siapa Alifstyle Seorang pesara editor komik yang […]

The post Kisah Alifstyle Buat Duit Online dengan Fiverr appeared first on JambuBatuBlog.

Wednesday, May 11, 2016

Panduan Buat Duit USD di Fiverr

Buat Duit USD di Fiverr | Dengan pelbagai teknologi yang ada di zaman sekarang ni, macam-macam cara manusia mencari rezeki secara online atau atas talian. Salah satu daripadanya ialah dengan memberikan sevis secara online di laman web Fiverr. Aku sendiri pun pernah guna servis dari seller kat fiverr ni. Memang berbaloi dengan harga. Kualiti kerja […]

The post Panduan Buat Duit USD di Fiverr appeared first on JambuBatuBlog.

Tuesday, May 10, 2016

Program Hidup Menakjubkan

Program Hidup Menakjubkan. Macam biasa dengar je program-program cam gini kan. Tambah pulak dengan ilustrasi banner kereta mewah Lamborghini dengan duit dalam bentuk Dollar bersepah di hadapan sebuah banglow mewah. Hahaha… Seriously, pada mulanya memang aku ingat program ni SCAM atau HYPE ataupun SKIM CEPAT KAYA. Ternyata SALAH sama sekali. Bukan dua kali atau pun tiga kali. […]

The post Program Hidup Menakjubkan appeared first on JambuBatuBlog.

Monday, May 9, 2016

Bawa Keluarga ke Rabbit Fun Land Broga

Rabbit Fun Land Broga. Lepas dari pergi ke Galeri Sate Kajang tempoh hari, budak-budak ni tak puas hati sebab sekejap sangat dekat galeri tu. Kebetulan ada pamplet Pelancongan dekat galeri tadi. Sempat juga ambil sekeping dua.  Kalau tengok dalam pamplet Pelancongan Daerah Hulu Langat tadi, memang banyak lagi tempat-tempat yang menarik di sekitar Kajang yang tidak […]

The post Bawa Keluarga ke Rabbit Fun Land Broga appeared first on JambuBatuBlog.

Sunday, May 8, 2016

Asal Usul Nama Kajang

Asal Usul Nama Kajang.Memang dah lama aku nak tau juga dari mana dapat nama “Kajang”. Masa pergi melawat di Galeri Sate Kajang tempoh hari, kebetulan ada tertera asal usul nama bandar Kajang.  Boleh juga didapati di Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kajang. Ada beberapa pendapat mengenai asal usul nama Kajang ni. Asal Usul Nama Kajang Pendapat Pertama […]

The post Asal Usul Nama Kajang appeared first on JambuBatuBlog.

Melawat Galeri Sate Kajang

Melawat Galeri Sate Kajang. Sate pun ada galeri? Buat-buat terkejut pulak. Galeri sate ni dah lama ada,cuma ramai yang tidak tahu kewujudannya. Aku sendiri pun baru tahu, lepas terbaca artikel dari blog Ruby.my. Memandangkan rumah aku dengan Galeri ni tak jauh, boleh lah bawa anak-anak pergi melawat Galeri Sate . Oleh kerana Kajang ni famous dengan […]

The post Melawat Galeri Sate Kajang appeared first on JambuBatuBlog.

Wednesday, May 4, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Seawal pagi lagi anak-anak aku dah siap-siap mandi nak keluar ke #PBAKL2016. Biasanya kalau cuti memang susah nak bangun pagi. Paling awal pun pukul 10 pagi. Semangat betul nak ke Pesta Buku. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 Kali ini pesta buku antarabangsa dibuat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang […]

The post Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 appeared first on Personal Blogger.

Monday, May 2, 2016

Hadiah Cabutan Bertuah Kamera DSLR Nikon D3200

Hadiah Cabutan Bertuah Kamera DSLR Nikon D3200. Memang tak disangka dan tak diduga. Boleh dapat hadiah cabutan bertuah Kamera DSLR. Baru-baru ini, wife aku merangkap menteri kewangan bahagian rumah tangga, telah menghadirkan diri di annual dinner ofis di salah sebuah hotel kat KL Sentral. Nombor yang dipegang mendapat tempat ke-2 dalam Cabutan Bertuah ni. Lalu, dia […]

The post Hadiah Cabutan Bertuah Kamera DSLR Nikon D3200 appeared first on Personal Blogger.

Friday, April 29, 2016

Nasi Kukus Sambal Strawberry Cameron Highlands

Lokasi Nasi Kukus Sambal Strawberry yang kitorang pergi ni terletak di Restoran Abang dan Keluarga bersebelahan dengan Cool Point Hotel,Tanah Rata. Kalau google abang strawberry cafe pula terletak di Kampung Taman Sedia,Tanah Rata. Dua tempat yang berbeza. Memang tak tau pun ada nya sambal strawberry ni. Itupun lepas ternampak banyak banner yang bergantung di tepi-tepi jalan. Menu […]

The post Nasi Kukus Sambal Strawberry Cameron Highlands appeared first on Personal Blogger.

Singgah di Kea Farm Cameron Highlands

Dari Lavender Garden Cameron Highlands, kitorang singgah pulak kat Kea Farm Cameron Highlands. Kea Farm adalah sebuah daerah pertanian di Cameron Highlands , bertempat 3km utara bandar Brinchang atau 3km sebelum Tringkap. Ciri utamanya adalah pasaran sayur di sepanjang jalan utama. Satu destinasi membeli belah popular bagi pengunjung pada hujung minggu di Cameron Highlands. Kea Farm Cameron […]

The post Singgah di Kea Farm Cameron Highlands appeared first on Personal Blogger.

Lavender Garden Cameron Highlands

Akhirnya sampai juga kitorang kat Lavender Garden Cameron Highlands ni. Lavender Garden ni aku rasa baru je buka, sebab dulu masa aku pergi pada tahun 2007 masih belum wujud lagi tempat ni. Lavender Garden dibuka pada tahun 2013 , ia merupakan tarikan terbaru di Cameron Highland yang terletak sebelum pekan Tringkap jika lalu dari Simpang Pulai.  Lavender […]

The post Lavender Garden Cameron Highlands appeared first on Personal Blogger.

Makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah

Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni terletak di Kampung Buloh Telor berhampiran dengan Plaza Tol Sungkai. Lepas tol Sungkai, belok ke kanan menghala ke Ipoh atau ke Utara. Kalau lalu sekarang ni ada ‘construction’ sedang dilakukan. Lepas sahaja jambatan, belah kiri dah nampak ‘signboard’ besar Nasi Bamboo Sungai Klah kat depan restoran.  Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah […]

The post Makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah appeared first on Personal Blogger.

Satu Malam di Golden Roof Hotel Ipoh

Dapat juga cari hotel di malam-malam buta begini. Walaupun aku rasa Golden Roof Hotel Ipoh ni agak jauh dari tempat yang nak dituju. Jadilah, bukannya booking online kat agoda. Daftar pun secara ‘walk in’ je. Lokasi Golden Roof Hotel Ipoh Golden Roof Hotel ni terletak di kawasan Ampang,Ipoh. Kalau tengok dalam peta lokasi kat atas, […]

The post Satu Malam di Golden Roof Hotel Ipoh appeared first on Personal Blogger.

Hujung Minggu di Cameron Highlands

Lama juga rasanya aku tak bawa keluarga keluar berjalan jauh-jauh ni. Kebetulan masa tu nak hantar mak pulang ke kampung halaman, Bidor. Alang-alang dah sampai Bidor, kitorang lajak terus ke Cameron Highlands. Sebelum lajak ke Cameron Highlands, sempat juga kitorang singgah makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah berhampiran tol Sungkai.  Last kitorang pergi Cameron Highlands […]

The post Hujung Minggu di Cameron Highlands appeared first on Personal Blogger.

Wednesday, March 30, 2016

Zine Underground : Pedal to The Metal

Beberapa hari lepas aku sempat membeli sebuah zine underground tempatan pedal to the metal dari Faithcraft Production. Harga nya pun tak mahal cuma RM 11 termasuk kos penghantaran bagi Semenanjung. RM13 bagi Sabah/Sarawak. Masuk kali ini, zine pedal to the metal sudah masuk isu no.2 . Aku adalah pembeli yang ke 56 daripada 100 cetakan yang […]

The post Zine Underground : Pedal to The Metal appeared first on Personal Blogger.

Tuesday, March 29, 2016

Apa itu Bisnes Dropship?

Semenjak dua menjak ni ramai juga orang yang ingin buat duit sampingan di internet. Tak kurang juga yang join MLM, ejen hartanah, ejen insurans dan macam-macam lagi kaedah buat duit sampingan. Mungkin disebabkan dengan cara hidup masa kini yang banyak memerlukan duit. Mungkin juga dengan nilai matawang Ringgit yang jatuh. Apa-apa pun manusia masa kini […]

The post Apa itu Bisnes Dropship? appeared first on Personal Blogger.

Monday, March 28, 2016

Mandi Manda di Sungai Tekala

Pada hujung minggu lepas, aku dan keluarga pergi mandi manda di Sungai Tekala pula. Sebelum ni dah pergi mandi di Sungai Gabai. Almaklumlah, dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ni. Bagi aku pergi mandi air terjun lah paling best. Boleh sejukkan badan. Sambil-sambil menghirup udara segar dan lari dari kesibukan kota buat sementara waktu.  Sungai […]

The post Mandi Manda di Sungai Tekala appeared first on Personal Blogger.

Tuesday, March 22, 2016

Aku Rindu 90’s – Nostalgia

Zaman 90-an adalah zaman remaja bagi aku. Zaman yang belum meluas lagi penggunaan internet. Kalau ada pun mungkin aku yang tak tau. Main motor, main basikal,main skateboard, muzik adalah hiburan bagi remaja pada masa tu. Termasuk juga lah aku, mendengar muzik sambil naik motor,naik basikal,naik bas dengan walkman. Terima kasih pada penulis buku Aku Rindu […]

The post Aku Rindu 90’s – Nostalgia appeared first on Personal Blogger.

Monday, March 21, 2016

Menonton Boboiboy The Movie di Plaza Metro Kajang

Hari Sabtu yang lepas, sempat juga aku bawa anak-anak pergi menonton Boboiboy The Movie di Plaza Metro Kajang. Kenapa tengok wayang di Plaza Metro Kajang? Jawapannya simpel, aku malas nak keluar jauh-jauh. Tambahan pula dengan keadaan cuaca panas terik sekarang ni. Jarak Plaza Metro Kajang ni dengan rumah aku , kurang lebih 5 km. Dekat ke? Jauh? […]

The post Menonton Boboiboy The Movie di Plaza Metro Kajang appeared first on Personal Blogger.

Wednesday, March 16, 2016

Mandi di Sungai Gabai

Cuti sekolah bulan March bagi sesi 2016 dah pun bermula sejak hari Sabtu. Sempat juga ada kan masa untuk anak-anak masa cuti ni. Dengan keadaan cuaca yang panas terik sekarang ni, aku dan keluarga bercadang untuk mandi di Sungai Gabai.  Lokasi Sungai Gabai Sungai Gabai ni terletak di Kampung Sungai Lui, daerah Hulu Langat. Memandangkan Kajang dengan […]

The post Mandi di Sungai Gabai appeared first on Personal Blogger.

Tuesday, February 23, 2016

Makan Tengahari di Restoran Selera Kampung Zainal

Jarang sekali orang macam aku ni nak makan tengahari kat luar. Al maklumlah, aku ni tak boleh kena panas terik matahari. Hahaha… Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku terpaksa juga keluar untuk makan tengahari. Perut dah lapor beb. Kebulur pulak kalau tak makan kang. Aku ambil kunci motor skuter, start enjin, terus jalan […]

The post Makan Tengahari di Restoran Selera Kampung Zainal appeared first on personal blogger.

Monday, February 1, 2016

Pengalaman Menjual di Mudah.my

Baru-baru ini aku ada menjual di mudah.my secara persendirian. Bukannya apa, malas nak campur adukkan bisnes dengan peribadi. Jadi, aku jual secara peribadi, sebab barangnya pun hak persendirian. Laman web mudah.my ni, kebiasaannya orang berkunjung sama ada nak menjual atau pun membeli. Kalau tak silap aku mudah.my ada sejak tahun 2007 atau 2008. Tak ingat secara sepesifiknya […]

The post Pengalaman Menjual di Mudah.my appeared first on personal blogger.

Wednesday, January 27, 2016

Makan di Restoran Kambing Bakar Malaya,Kajang

Sekali sekala aku dan keluarga akan makan malam di luar, bak kata orang “pay rock”, outside dinner. Kali ni aku yang pilih restoran nak makan. Mengidam kambing bakar pulak aku malam ni. Lokasi restoran ni betul-betul belakang Hospital Kajang, lebih kurang 10 minit naik kereta dan 5 minit naik motor dari rumah aku. Kalau jalan […]

The post Makan di Restoran Kambing Bakar Malaya,Kajang appeared first on personal blogger.

Tuesday, January 19, 2016

Pertama Kali Membeli di Lazada

Siapa yang tak kenal dengan Lazada. Ia bukanlah sejenis desert selepas atau pun sebelum makan. Lazada ialah satu laman web membeli belah secara atas talian. Nak mudah kan lagi “online”. Bukannya tak biasa beli barang secara online, cuma nak juga try beli di Lazada. Untuk pertama kali membeli di Lazada, aku pilih barang yang murah-murah […]

The post Pertama Kali Membeli di Lazada appeared first on personal blogger.

Monday, January 18, 2016

Cermin Mata Baru

Rasa-rasanya cermin mata lama aku perlu ditukar dengan yang baru. Aku hanya boleh nampak tak sampai 10% pun dari cermin mata yang sedia ada. Bukan disebabkan power mata aku bertambah, tapi keadaan cermin mata itu sendiri yang memang kabur.  Aku pun dah tak ingat bila tarikh aku beli cermin mata tersebut. Kena cari juga cermin […]

The post Cermin Mata Baru appeared first on personal blogger.

Wednesday, January 13, 2016

Kejadian di Tesco Extra, Kajang

Dalam kesibukan semua orang dengan urusan harian masing-masing, aku mengambil kesempatan untuk membeli belah sikit di Tesco Extra, Kajang. Bukannya banyak sangat pun barang yang nak dibeli. Cuma nak beli sikit keperluan sekolah anak aku yang sekolah rendah ni. Kebetulan, wife aku pun masih belum mula bekerja lagi. Ada lah masa sikit nak ke Tesco […]

The post Kejadian di Tesco Extra, Kajang appeared first on personal blogger.

Monday, January 11, 2016

Tahun 2016 Yang Mencabar

Alhamdulillah, tahun 2016 sudah pun masuk fasa yang pertama. Tahun yang penuh cabaran bagi yang bekerja makan gaji, mahupun bekerja sendiri macam aku. Rata-rata di media sosial kita dapat saksikan pelbagai cerita ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah. Tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah. Begitu juga aku yang buat masa ni ada sorang […]

The post Tahun 2016 Yang Mencabar appeared first on personal blogger.